Monday, June 30, 2014

Resepi Cheese Buah Tart



RESEPI CHEESE BUAH TART


 

Pengenalan

 

Tart kastard telah lama menjadi pastri di British Isles, Australia dan New Zealand . Pekembangan kastard adalah berkait rapat dengan tart kastard atau pai yang perkataan itu sendiri datangnya dari bahasa Perancis lama croustade, bermakna sejenis pai. Resipi zaman pertengahan biasanya termasuk sebuah kulit pastri lapis pendek dengan suatu campuran kerim, susu, atau rebusan dengan telur, pemanis seperti gula atau madu, dan kadang-kadang pedas. Resipi wujud seawal kurun keempat belas yang akan menjadi dapat dikenali seperti tart kastard hari ini. Tart dapat juga disediakan dengan susu buah badam sewaktu masa puasa, walaupun ini lebih mahal dan hanya dapat menjadi masyhur hanya dengan kekayaan secara perbandingan. 

 

Tart kastard moden adalah biasanya diperbuat dari pastri shortcrust, telur, gula, susus atau krim, dan vanila, ditabur dengan buah pala dan dibakar. Cheese atau keju krim yang bertekstur lembut juga akan ditambah dalam tart untuk hiasan manambahkan kelazatan. Mereka dijual di pasar raya dan kedai pembuat roti di serata tempat. Saiz dan bentuk tart bergantung pada permintaan para pelanggan dan citarasa masing-masing. Ada juga tart yang ditambah dengan buah-buahan segar sebagai hiasan dan menambah keseleraan kita.

 

Hanya menggunakan cheese dan buah-buahan segar boleh disediakan pelbagai makanan yang lazat. Makanan tersebut boleh dikategorikan kepada dua; biskut cheese buah-buahan dan kek cheese buah-buahan. Selalunya, biskut cheese dibuat bersama tartnya yang dibuat daripada tepung kastard, terutamanya dan bahan- bahan lain seperti telur, gula halus, mentega daan susu. Manakala, kek cheese buah-buahan diperbuat daripada tepung kek ataupun tepung gandum, tepung kastard tidak digunakan. Bahan- bahan tambahan lain pula lebih kurang sama seperti biskut cheese tart. Walaupun kedua-dua jenis makanan ini mempunyai bahan resepi yang hampir sama, tetapi  mereka berbeza dari segi kelazatan dan penampilan.

Resepi Cheese buah tart ini memang sesuai dimakan oleh semua golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semua bahan-bahan campuran adalah halal. Biskut cheese tart lebih manis berbanding dengan kek cheese. Oleh itu, sesiapa yang tidak suka makan makanan yang terlalu manis, terutama golongan orang tua, kek kukus cheese buah- buahan akan menjadi pilihan mereka. Jenis makanan ini boleh didapati di semua kedai jualan kek dengan harga yang rendah. Anda boleh juga menyediakan makanan tersebut di rumah anda kerana resepi cheese buah tart untuk membuat masakan ini adalah sangat mudah dan ringkas. Anda boleh menggunakan resepi yang diberi dibawah untuk membuat cheese tart buah-buahan yang sedap.

 

 

Kulit Tart

Bahan-bahan:

150 gram tepung halus, diayak

25 gram gula aising, diayak

70 gram mentega sejuk, didadu kecil

1 biji telur, dipukul sedikit

1/2 camca teh esen vanilla

 

 

Kastard

1 cawan susu segar

1 1/2 camca besar tepung kastard

1 1/2 camca besar gula halus

1 camca teh esen vanilla

1 camca besar mentega

 

Hiasan

Buah starwberry segar secukupnya

Buah kiwi secukupnya, hiris

Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan

Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah

Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

 

 

Cara Penyediaan:

 

UNTUK KULIT TART:

1.      Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk sehingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti. Biasanya, tepung gandum digunakan.

2.      Tuang sedikit esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Biarkan sekejap.

3.      Sediakan acuan tart. Ambil doh yang disediakan tadi sebesar duit 20 sen dan tekan dalam acuan tart.

4.      Bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan.

5.      Buat sehingga semua tepung habis. Cucuk sikit degan garpu pada dasar doh.

6.      Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit.

7.      Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan.

8.      Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

 


UNTUK KASTARD

1.      Campurkan gula icing dan tepung gandum yang telah diayak dalam satu bekas.

2.      Ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.

3.      Masukkan kuning telur dan esen vanilla ke dalam tepung tadi.

4.      Gaul campuran sehingga sebati dan masukka air sejuk yang secukupnya untuk melembutkan adunan tepung.

5.      Uli tepung tersebut sehingga menjadi doh yang lembut. Biarkan selama 15-20 minit.

6.      Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini yang telah disiapkan tadi.

7.      Trim tepung berlebihan di bahagian atasnya supaya biskut kita nampak kemas.

8.      Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160 C.

9.      Pastikan tepung kastard itu  betul-betul masak.

10.  Kemudian, keluarkan dari oven.

11.   Pastikan kulit tart sejuk terlebih dahulu sebelum mengisi kastard dan buah-buahan segar.

 

HIASAN

1.      Buah strawberry dan buah kiwi dipotong kecil atau ikut saiz kulit tart (jenis buah-buahan bergantung pada citarasa masing-masing.

2.      Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian masukkan kastard yang telah dimasak. Jangan masukkan sampai penuh, separuh dari kulit tart itu sudah memadai.

3.      Susun buah strawberry dan kiwi tadi ikut kretiviti anda.

4.      Sapukan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Ini kerana bila sapu piping jelly, cheese tart kita nampak lebih berkilat dan sedap untuk dimakan.

5.      Taburkan croquant disekeliling tart. Croquant ini boleh juga digantikan dengan gula icing.

6.      Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah-buahan segar tadi.

7.      Cheese tart buah sudah pun disediakan dan boleh dihidangkan bersama kelurga anda.

8.      Biskut ini boleh juga disimpan dalam peti sejuk agar dia tidak dimakan oleh semut.

 

Selain biskut cheese buah tart, kek juga boleh dimasak dengan menggunakan resepi yang sama. Kek kukus cheese buah-buahan pun sedap untuk dimakan dan cara penyediaanya pun hampir sama seperti biskut tadi. Sesiapa yang berminat, bolehlah cuba resepi di bawah untuk membuat kek kukus cheese tart buah.

 

Kek Kukus Cheese Buah-Buahan

 

Bahan-bahannya:

125 gm butter

125 gm cream cheese

3 biji telur

185 gm gula halus

200 gm buah-buahan campuran

220 gm tepung naik sendiri atau tepung gandum

2 s/b air

esen vanila @ esen cheese


 

Cara-caranya:

1.      Basuh buah-buahan campuran , tos dan rendam dengan air selama semalaman.

2.      Pukul butter , cream cheese dan gula halus hingga lembut. Tak payahlah sampai kembang.

3.      Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.  Mesin pemutar boleh digunakan.

4.      Masukkan esen yang secukupnya. Esen cheese pun boleh digunakan.

5.      Dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung penaik yang telah diayak. Tepung boleh digantikan dengan tepung penaik.

6.      Gaul adunan sampai sebati.

7.      Akhir sekali, masukkan buah-buahan yg direndam tadi dan kacau rata.

8.      Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sampai betul-betul masak.

9.      Untuk tengok kek sudah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi itu keluar dengan licin, maksudnya kek sudah dimasak.

10.  Selepas masak, keluarkan kek tersebut dari pengukus dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

 
 

Kan terbukti betapa mudahnya untuk membuat makanan biskut ini? Biskut cheese tart buah ini pasti menjadi salah satu makanan kegemaran keluarga anda apabila anda sudah pandai memasaknya. Anda tidak perlu menyediakannya setiap kali. Apabila anda membuat biskut tart ini, buatlah dalam kuantiti yang agak banyak sikit agar ia boleh disimpan dan dimakan bila anda inigini. Biskut cheese tart buah ini boleh tahan lama sekiranya anda menyimpan di dalam bekas yang kedap udara.