RESEPI
CHEESE BUAH TART
Pengenalan
Tart kastard telah lama
menjadi pastri di British Isles, Australia dan New Zealand . Pekembangan
kastard adalah berkait rapat dengan tart kastard atau pai yang perkataan itu
sendiri datangnya dari bahasa Perancis lama croustade, bermakna sejenis pai.
Resipi zaman pertengahan biasanya termasuk sebuah kulit pastri lapis pendek
dengan suatu campuran kerim, susu, atau rebusan dengan telur, pemanis seperti
gula atau madu, dan kadang-kadang pedas. Resipi wujud seawal kurun keempat
belas yang akan menjadi dapat dikenali seperti tart kastard hari ini. Tart
dapat juga disediakan dengan susu buah badam sewaktu masa puasa, walaupun ini
lebih mahal dan hanya dapat menjadi masyhur hanya dengan kekayaan secara
perbandingan.
Tart
kastard moden adalah biasanya diperbuat dari pastri shortcrust, telur, gula,
susus atau krim, dan vanila, ditabur dengan buah pala dan dibakar. Cheese atau
keju krim yang bertekstur lembut juga akan ditambah dalam tart untuk hiasan
manambahkan kelazatan. Mereka dijual di pasar raya dan kedai pembuat roti di
serata tempat. Saiz dan bentuk tart bergantung pada permintaan para pelanggan
dan citarasa masing-masing. Ada juga tart yang ditambah dengan buah-buahan
segar sebagai hiasan dan menambah keseleraan kita.
Hanya
menggunakan cheese dan buah-buahan segar boleh disediakan pelbagai makanan yang
lazat. Makanan tersebut boleh dikategorikan kepada dua; biskut cheese
buah-buahan dan kek cheese buah-buahan. Selalunya, biskut cheese dibuat bersama
tartnya yang dibuat daripada tepung kastard, terutamanya dan bahan- bahan lain
seperti telur, gula halus, mentega daan susu. Manakala, kek cheese buah-buahan
diperbuat daripada tepung kek ataupun tepung gandum, tepung kastard tidak
digunakan. Bahan- bahan tambahan lain pula lebih kurang sama seperti biskut
cheese tart. Walaupun kedua-dua jenis makanan ini mempunyai bahan resepi yang
hampir sama, tetapi mereka berbeza dari
segi kelazatan dan penampilan.
Resepi
Cheese buah tart ini memang sesuai dimakan oleh semua golongan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Semua bahan-bahan campuran adalah halal. Biskut
cheese tart lebih manis berbanding dengan kek cheese. Oleh itu, sesiapa yang
tidak suka makan makanan yang terlalu manis, terutama golongan orang tua, kek
kukus cheese buah- buahan akan menjadi pilihan mereka. Jenis makanan ini boleh
didapati di semua kedai jualan kek dengan harga yang rendah. Anda boleh juga
menyediakan makanan tersebut di rumah anda kerana resepi cheese buah tart untuk
membuat masakan ini adalah sangat mudah dan ringkas. Anda boleh menggunakan
resepi yang diberi dibawah untuk membuat cheese tart buah-buahan yang sedap.
Kulit
Tart
Bahan-bahan:
150 gram tepung halus, diayak
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)
Cara
Penyediaan:
UNTUK KULIT TART:
1.
Gaul tepung, gula aising dan mentega
sejuk sehingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti. Biasanya, tepung
gandum digunakan.
2.
Tuang sedikit esen vanilla dan masukkan
telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Biarkan sekejap.
3.
Sediakan acuan tart. Ambil doh yang
disediakan tadi sebesar duit 20 sen dan tekan dalam acuan tart.
4.
Bentukkan mengikut acuan tadi dan
kemaskan.
5.
Buat sehingga semua tepung habis. Cucuk
sikit degan garpu pada dasar doh.
6.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 180C selama 25 minit.
7.
Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari
acuan.
8.
Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan
dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
UNTUK KASTARD
1.
Campurkan gula icing dan tepung gandum
yang telah diayak dalam satu bekas.
2.
Ramas mentega sejuk ke dalam adunan
tepung sehingga menjadi serbuk roti.
3.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
ke dalam tepung tadi.
4.
Gaul campuran sehingga sebati dan
masukka air sejuk yang secukupnya untuk melembutkan adunan tepung.
5.
Uli tepung tersebut sehingga menjadi doh
yang lembut. Biarkan selama 15-20 minit.
6.
Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke
dalam acuan tart mini yang telah disiapkan tadi.
7.
Trim tepung berlebihan di bahagian
atasnya supaya biskut kita nampak kemas.
8.
Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar
selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160 C.
9.
Pastikan tepung kastard itu betul-betul masak.
10.
Kemudian, keluarkan dari oven.
11.
Pastikan
kulit tart sejuk terlebih dahulu sebelum mengisi kastard dan buah-buahan segar.
HIASAN
1.
Buah strawberry dan buah kiwi dipotong
kecil atau ikut saiz kulit tart (jenis buah-buahan bergantung pada citarasa
masing-masing.
2.
Ambil satu kulit tart, sapu sedikit
coklat cair pada dasarnya, kemudian masukkan kastard yang telah dimasak. Jangan
masukkan sampai penuh, separuh dari kulit tart itu sudah memadai.
3.
Susun buah strawberry dan kiwi tadi ikut
kretiviti anda.
4.
Sapukan dengan sedikit piping jelly pada
permukaan buah dan tepi kulit tart. Ini kerana bila sapu piping jelly, cheese
tart kita nampak lebih berkilat dan sedap untuk dimakan.
5.
Taburkan croquant disekeliling tart. Croquant
ini boleh juga digantikan dengan gula icing.
6.
Buat kaedah sama untuk baki kulit tart
dan buah-buahan segar tadi.
7.
Cheese tart buah sudah pun disediakan
dan boleh dihidangkan bersama kelurga anda.
8.
Biskut ini boleh juga disimpan dalam
peti sejuk agar dia tidak dimakan oleh semut.
Selain
biskut cheese buah tart, kek juga boleh dimasak dengan menggunakan resepi yang
sama. Kek kukus cheese buah-buahan pun sedap untuk dimakan dan cara
penyediaanya pun hampir sama seperti biskut tadi. Sesiapa yang berminat,
bolehlah cuba resepi di bawah untuk membuat kek kukus cheese tart buah.
Kek
Kukus Cheese Buah-Buahan
Bahan-bahannya:
125 gm butter
125 gm cream cheese
3 biji telur
185 gm gula halus
200 gm buah-buahan campuran
220 gm tepung naik sendiri atau tepung gandum
2 s/b air
esen vanila @ esen cheese
Cara-caranya:
1.
Basuh buah-buahan campuran , tos dan
rendam dengan air selama semalaman.
2.
Pukul butter , cream cheese dan gula
halus hingga lembut. Tak payahlah sampai kembang.
3.
Masukkan telur satu persatu dan pukul
lagi. Mesin pemutar boleh digunakan.
4.
Masukkan esen yang secukupnya. Esen
cheese pun boleh digunakan.
5.
Dengan menggunakan kaedah kaup balik,
masukkan tepung penaik yang telah diayak. Tepung boleh digantikan dengan tepung
penaik.
6.
Gaul adunan sampai sebati.
7.
Akhir sekali, masukkan buah-buahan yg
direndam tadi dan kacau rata.
8.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1
jam atau sampai betul-betul masak.
9.
Untuk tengok kek sudah masak atau tidak,
cucuk dengan lidi. Kalau lidi itu keluar dengan licin, maksudnya kek sudah
dimasak.
10.
Selepas masak, keluarkan kek tersebut
dari pengukus dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Kan
terbukti betapa mudahnya untuk membuat makanan biskut ini? Biskut cheese tart
buah ini pasti menjadi salah satu makanan kegemaran keluarga anda apabila anda
sudah pandai memasaknya. Anda tidak perlu menyediakannya setiap kali. Apabila
anda membuat biskut tart ini, buatlah dalam kuantiti yang agak banyak sikit
agar ia boleh disimpan dan dimakan bila anda inigini. Biskut cheese tart buah
ini boleh tahan lama sekiranya anda menyimpan di dalam bekas yang kedap udara.
No comments:
Post a Comment